Judi: Dua lelaki didenda RM2,500
Published on: Thursday, May 26, 2022
By: Jo Ann Mool
Kota Kinabalu: Mahkamah Majistret di sini mendenda dua lelaki sejumlah RM2,500 kerana terlibat dalam sesi perjudian.Almujib Osman, 31, dan Anthony Fun, 24, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas tuduhan melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka.ADVERTISEMENT
Almujib diperintah untuk membayar denda RM1,500 atau penjara dua bulan kerana membeli dua tiket loteri haram pada pukul 5.45 petang 1 Mei di pekan Manggatal. Fun didenda RM1,000 atau penjara dua bulan kerana mempunyai dua slip loteri tanpa lesen pada pukul 4.20 petang 14 Okt 2021 di pekan Inanam.
Pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam kes lain, seorang lelaki didakwa melakukan kesalahan arson (membakar dengan sengaja).
Abdullah Laurel didakwa melakukan khianat dengan membakar dinding rumah milik Rose Liyana pada pukul 8.30 malam 17 Mei lalu di Kg Rakyat Baru, Manggatal.ADVERTISEMENT
Kesalahan mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Abdullah meminta dibicarakan bagi pertuduhan itu.
Lovely menetapkan 4 Julai untuk pengurusan kes dan melepaskan Abdullah dengan ikat jamin RM1,000 dan dua penjamin. Inspektor Kelvan Elson Maik menjalankan pendakwaan.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.