Hajiji gesa GLC tingkat usaha capai sasaran dividen RM1j
Published on: Friday, May 27, 2022
By: Bernama
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mahu semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) meningkatkan usaha dalam memenuhi sasaran membayar dividen sekurang-kurangnya RM1 juta kepada kerajaan negeri mulai tahun ini.Beliau berkata terdapat lebih 200 GLC negeri dan badan berkanun di Sabah tetapi hanya lebih sedikit daripada 10 syarikat yang telah membayar dividen kepada kerajaan negeri.ADVERTISEMENT
“Ada yang belum bayar. Jadi, sepanjang saya menjadi ketua menteri, saya dengan jelas menyatakan bahawa mereka semua mesti membayar sekurang-kurangnya RM1 juta setiap tahun.
“Saya mahu semua GLC menunaikan kewajipan mereka membayar dividen bagi digunakan untuk faedah negeri dan rakyat. Mereka yang diamanahkan untuk menerajui dan mengurus GLC mesti menunjukkan prestasi yang baik,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah Sabah Softwoods Bhd di Menara Kinabalu di sini pada Khamis.
Beliau berkata pada tahun lepas, kerajaan negeri menerima pembayaran dividen berjumlah RM114 juta daripada GLC dan badan berkanun yang mewakili peningkatan 12.9 peratus berbanding 2020.
“Tindakan tegas kami akan menentukan jalan menuju kejayaan dan menjadi tanggungjawab kepimpinan untuk menetapkan hala tuju ini.ADVERTISEMENT
“Kerajaan negeri yakin dengan tujuan dan sasaran yang ditetapkan, kita perlu meneroka sumber pendapatan baharu termasuk inisiatif pelaburan dan pelbagai aktiviti ekonomi,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata pengeluar minyak sawit mentah (MSM) seperti Sabah mesti bersiap sedia untuk menangani sebarang situasi buruk dengan keadaan ekonomi global yang sangat tidak menentu akibat konflik Rusia-Ukraine.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata penganalisis pasaran telah meramalkan Malaysia bakal menjadi pemenang terbesar bagi jangka panjang kerana mampu menjual MSM pada harga tinggi, yang sepatutnya diterjemahkan kepada margin keuntungan yang lebih tinggi pada suku kedua 2022.
“Harga MSM semasa yang baik memberi kelebihan kepada kita. Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu selesa apabila harganya bagus,” katanya.
Beliau menambah terdapat keperluan untuk mengambil kira dan mengurus secara berhemat kenaikan kos bahan, pengangkutan, bahan api, buruh dan harga barangan dan perkhidmatan.
Terdahulu, beliau mengalu-alukan Mohd Daud Tampokong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Softwoods yang baharu.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.