Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Budak 4 tahun kritikal dipercayai ambil lebihan dadah dalam kereta
Published on: Tuesday, June 21, 2022
By: FMT
Text Size:

 Budak 4 tahun kritikal dipercayai ambil lebihan dadah dalam kereta
Ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta suspek selepas individu yang dipercayai mempunyai talian persaudaraan itu mengambil bekalan dadah, kata Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kanak-kanak berusia empat tahun yang masih kritikal akibat kandungan methampethamine dipercayai mengambil dadah itu kerana menemuinya dalam sebuah kenderaan milik seorang yang mempunyai talian persaudaraan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata terdapat kemungkinan mangsa ditinggalkan suspek berusia 30 tahun dalam kereta Proton Saga dinaiki mereka selepas mendapatkan bekalan dadah itu.

“Kita percaya suspek mengambil bekalan dadah dengan membawa mangsa bersama dalam kenderaannya dan siasatan awal menunjukkan ada kemungkinan mangsa ditinggalkan dalam kereta dan ada lebihan dadah di dalamnya.

“Sehubungan itu, kami merampas kenderaan terbabit untuk dihantar ke unit forensik untuk siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek sudah beberapa kali membawa kanak-kanak itu keluar.

Zaki berkata, berikutan kejadian itu, polis menahan sembilan individu berusia 19 hingga 40 tahun dalam serbuan berasingan beberapa ‘port’ dadah sekitar Kampung Sri Bintang, Kuala Krai, semalam.

“Seramai sembilan individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah dalam Op Tapis Khas yang dilakukan di sekitar kampung berkenaan dan saya juga mengarahkan agar siasatan lanjut diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, ibu mangsa berusia 36 tahun, berkata keadaan anaknya menunjukkan petanda baik kerana memberi respons apabila namanya dipanggil walaupun dalam keadaan ditidurkan.

“Walaupun belum lagi sedarkan diri, sudah ada sedikit pergerakan sebaik namanya dipanggil dan itu cukup melegakan saya.

“Harapan saya agar anak dapat diselamatkan dan keadaan saya yang menghidap kanser payudara tahap lima begini, sangat sukar untuk menguruskan keadaan sebegini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) oleh ibunya, kira-kira 5 pagi, semalam, dan dilaporkan kritikal selepas didapati mempunyai kandungan dadah tinggi dalam badan.

Suspek yang bekerja sebagai buruh yang ditahan kelmarin, turut didapati memiliki tiga rekod lampau bersabit kes dadah direman tujuh hari, bermula semalam sehingga 26 Jun ini, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here