Dengan pelaburan RM167j, Sipitang dijangka jadi hab pengeluar buah, ternakan bermutu tinggi
Published on: Thursday, June 30, 2022
Projek tersebut melibatkan dua fasa. Dalam gambar fail ialah Anjung Sipitang.
SIPITANG: Daerah ini akan menjadi hab pengeluar buah-buahan tempatan dan ternakan yang bermutu tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport, apabila Sipitang Halal Agri Plantation Economic Development Hub (Shape) seluas 2,798 hektar di Kampung Iburu siap sepenuhnya.
Shape akan dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) dengan anggaran keseluruhan pelaburan sebanyak RM167 juta, dijangka mampu menarik pelaburan luar untuk melabur di Iburu, Sipitang.
ADVERTISEMENT
Pengurus Besar SLDB, Encik Syaheddrul R. Joddari, dalam kenyataan media, berkata projek itu akan dilaksanakan dalam dua fasa, iaitu fasa 1 melibatkan Kawasan Iburu Komersial milik SLDB seluas 1252 ha dengan kos pembangunan sebanyak RM96.8 juta.
Fasa kedua melibatkan kawasan Iburu Agropolitan seluas 1133 ha dicadang untuk dilaksanakan dengan kos sebanyak RM70.2 juta.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.