Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah mengutamakan industri minyak dan gas yang sangat penting untuk memacu Sabah menjadi salah sebuah negeri perindustrian petroleum terkemuka Malaysia, menyediakan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dan mengatasi masalah kemiskinan.Menteri Kewangan Sabah II Datuk Seri Masidi Manjun berkata Sabah adalah salah satu negeri termiskin di Malaysia.
“Kita kena tanya diri kita sendiri, kenapa,” katanya pada majlis penutupan Persidangan dan Pameran Minyak & Gas Sabah ke-9 2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, baru-baru ini.