Hajiji pandang serius pemindahan sembilan polis terlibat kes peras ugut ke Sabah, Sarawak
Published on: Wednesday, August 03, 2022
Text Size:
Ketua Menteri meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau mengenai hal itu. (Gambar Bernama)
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri Sabah memandang serius tindakan polis memindahkan sembilan anggotanya yang dipercayai terlibat kes peras ugut ke Sabah dan Sarawak tanpa mendapat pandangan dari Kerajaan Negeri terlebih dahulu
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor meminta supaya pihak polis memaklumkan dan berbincang dengan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri sebelum tindakan seumpama itu dilaksanakan.
ADVERTISEMENT
“Saya memandang serius perkara ini walaupun tindakan itu mungkin sebagai satu prosedur atau tindakan disiplin yang diambil jabatan berkenaan terhadap anggota mereka,” katanya dalam kenyataan media.
Hajiji yang sedang menunaikan ibadah Umrah juga berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada pihak polis mengenai perkara berkenaan.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.