PM bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN
Published on: Sunday, August 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya laporan mengenai kajian sikap pengundi oleh Wanita Barisan Nasional (BN), memihak kepada gabungan itu.
"Bukan saya tak percaya pada yang lain, tetapi laporan kajian oleh wanita ini memang selalunya tepat, dan jika saya terima laporan lengkap kajian sikap Wanita (BN) yang mengatakan BN akan menang (PRU15) saya akan bubarkan Parlimen," katanya pada sesi Bicara Hati Perdana Menteri pada Konvensyen Wanita BN di sini hari ini.
ADVERTISEMENT
Ismail Sabri berkata beliau mempertanggungjawabkan Wanita BN untuk menjalankan kajian sikap itu bukan hanya kepada penyokong BN tetapi juga penyokong gabungan lain dan pengundi atas pagar.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
"Sebab itu, saya bagi tanggungjawab pada Wanita komponen juga untuk lakukan kajian sikap ini, bukan hanya Wanita Umno, kerana tujuan kita PRU kira nak menang dan memerintah, jika laporan meyakinkan, saya akan berbincang dengan Top Five untuk bubarkan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas sesi Bicara Hati Perdana Menteri itu.