Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Pengawal keselamatan didakwa rogol anak
Published on: Saturday, October 01, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Pengawal keselamatan didakwa rogol anak
Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang pengawal keselamatan didakwa atas dua pertuduhan merogol anaknya.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 42 tahun itu, selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus.

Pengakuannya tidak diambil sementara menunggu laporan kimia dan laporan dari Pusat Temuduga Kanak-Kanak.

Bagi pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun itu di ruang tamu sebuah rumah di Kota Marudu pada 1 pagi, 2 Sept tahun ini.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa sama di tempat sama pada tengah malam 8 Sept lepas.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara lapan dan 30 tahun, dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Okt untuk sebutan semula dan ikat jamin tidak ditawarkan kepada lelaki itu berikutan bantahan pihak pendakwaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman membantah ikat jamin terhadap lelaki itu dengan sebab tertuduh dan mangsa tinggal di rumah yang sama dan terdapat kemungkinan tinggi dia akan mengganggu saksi pendakwaan terutama mangsa dan isterinya. Mas Izzaty turut berhujah bahawa lelaki itu didakwa melakukan rogol dua kali dalam bulan yang sama.

Lelaki itu, yang tidak diwakili, memberitahu mahkamah bahawa dia tiada apa-apa untuk dikatakan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 29 tahun dibebaskan daripada pertuduhan mengambil syabu buat kali ketiga.

Hakim Mahkamah Sesyen Marlina Brahim melepas dan membebaskan Azwan Tanjilul, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap Azwan.

Azwan didakwa mengambil dadah itu pada jam 4.10 petang 7 Okt 2019 selepas air kencingnya didapati positif dadah di Balai Polis Keningau.

Pertuduhan menyatakan bahawa dia mempunyai dua rekod sabitan lampau kerana mengambil dadah itu.

Peguam Hairul Vaiyron membela Azwan.

Empat saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan telah dipanggil semasa perbicaraan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here