Sesiapa yang menemui warga emas itu diminta memaklumkan kepada pasukan Polis atau Bomba atau kepada waris warga emas itu di nombor 01119549775 (anak).
SIPITANG: Seorang warga emas lelaki, Asmad Bulat, 81, dilaporkan hilang di kawasan hutan di Kampung Sungai Bubus Hulu Sipitang di sini, sejak Jumaat lepas.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Calvin Joe Jaefery, berkata pasukan Bomba menerima panggilan berhubung perkara itu sekitar jam 9.30 pagi Sabtu lalu dan menghantar sepasukan anggota untuk misi mencari dan menyelamat (carilamat) yang yang turut membabitkan Polis dan Rela.
ADVERTISEMENT
“Pasukan carilamat itu juga turut dibantu Unit K9 dari Kota Kinabalu,” katanya.
Menurut keluarga mangsa, warga emas itu dipercayai memasuki hutan pada 6.30 pagi Jumaat lepas dan belum pulang sehingga berita ini ditulis pada Ahad.
Pasukan penyelamat dibahagikan beberapa kumpulan dan turut dibantu penduduk kampung untuk mencari di seluruh kawasan termasuk sungai-sungai berdekatan, namun usaha mencarinya masih gagal.
“Setelah gagal menemui mangsa melebihi 24 jam, keluarganya membuat laporan polis,” katanya sebelum menambah warga emas itu dipercayai pergi melawat kebunnya.
ADVERTISEMENT
Sesiapa yang menemui warga emas itu diminta memaklumkan kepada pasukan Polis atau Bomba atau kepada waris warga emas itu di nombor 01119549775 (anak).
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.