Sat, 2 Dec 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT


Polis nafi kejadian culik kanak-kanak berlaku di Telupid
Published on: Monday, October 03, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:

Polis nafi kejadian culik kanak-kanak berlaku di Telupid
TELUPID: Polis Beluran menafikan dakwaan berlakunya kes cubaan menculik kanak-kanak di SK Pekan Telupid, di sini, sebagaimana tular di aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata semakan dibuat dengan pihak sekolah dan mendapati perkara itu tidak berlaku.

“Pihak sekolah sendiri memanggil pelajar yang dimaksudkan dan membuat semakan lokasi mendapati perkara tersebut tidak berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Kasim menasihati orang ramai agar berhati-hati sebelum berkongsi atau memuatnaik sebarang berita yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat. 





ADVERTISEMENT


Advertisement 






Berita Utama Hari Ini




Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here