Tue, 9 Dec 2025
Headlines:
Sabah lancar minyak masak tempatan ‘Sayang’
Published on: Thursday, October 27, 2022
Published on: Thu, Oct 27, 2022
By: Larry Ralon
Text Size:
Text:
Sabah lancar minyak masak tempatan ‘Sayang’
HAJIJI (ketiga, kiri) bersama Safar (ketiga, kanan), Bacho (kedua, kiri) dan Rubin (kedua, kanan) menunjukkan minyak masak Sayang pada majlis pelancaran produk itu di Anjung Selera.
Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Sawit Kinabalu melancarkan minyak masak Sabah sendiri, Sayang, satu inisiatif untuk menjadikan komoditi itu lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh rakyat.

“Kerajaan sentiasa peka terhadap keperluan rakyat memandangkan kekurangan bekalan minyak masak dan harga yang tinggi sejak akhir-akhir ini,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor, yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, pada majlis pelancaran produk itu di Anjung Selera, Likas, Rabu.

Advertisement
Beliau berkata ini adalah perkara yang ditunggu-tunggu rakyat dan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk membantu rakyat mendapatkan minyak masak mampu milik.

Minyak masak sayang dikeluarkan oleh anak syarikat Sawit Kinabalu, Kunak Edible Oil Sdn Bhd (KEOSB).

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: A new way of living is on the horizon in Luyang. Astoria, by KTI Group (KTI Landmark Berhad) is now welcoming Astoria, the latest commercial-residential towers within The Logg, an upcoming mixed-use development landmark set to redefine city living in Kota Kinabalu.  .
Boleh didapati dalam botol 1kg, 2kg dan 5kg, minyak masak berkualiti tinggi itu lebih murah berbanding jenama minyak masak tanpa subsidi lain di pasaran.

Harga minyak masak tanpa subsidi (2kg) ialah RM13.20 manakala RM31.00 untuk botol 5kg.

Advertisement
Harga minyak masak bersubsidi adalah standard iaitu RM2.50 sekilogram, katanya. Hajiji berkata kapasiti pengeluaran bulanan Sawit Kinabalu ialah 150 tan untuk minyak masak bersubsidi dan 100 tan untuk minyak masak tanpa subsidi.

“Saya harap ini dapat menghapuskan isu kekurangan minyak masak di pasaran,” katanya, menambah minyak itu akan boleh didapati di seluruh Sabah.

Advertisement
Memenuhi keperluan rakyat di Sabah adalah keutamaan ketika ini, katanya ketika ditanya sama ada produk ini juga bertujuan untuk eksport.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Datuk Bacho Jansie berkata KEOSB akan bekerjasama dengan syarikat tempatan seperti Sthamin Supermarket dan beberapa ejen pemasaran lain untuk dilantik bagi memasarkan minyak masak itu.

Sawit Kinabalu menerusi sebuah lagi anak syarikat, Kunak Refinery Sdn Bhd juga akan membekalkan minyak masak bersubsidi (peket 1kg) kepada rakyat di negeri ini.

Terdahulu, Ketua Menteri mengadakan kunjungan mesra secara mengejut untuk bertegur sapa dan mengagihkan minyak masak Sayang kepada penjaja makanan yang beroperasi di Anjung Selera.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Sawit Kinabalu Datuk Rubin Balang, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Pengurus Besar Sedcovest Holdings Amir Karim, Pengarah Urusan Sthamin Busthamin Haji Paita dan ahli lembaga pengarah Kumpulan Sawit Kinabalu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2025 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here