HEADLINES :


ADVERTISEMENT



RM5.83j untuk pembangunan wanita
Published on: Sunday, November 27, 2022
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:

RM5.83j untuk pembangunan wanita
Datuk Seri Hajiji Haji Noor
KERAJAAN negeri prihatin terhadap pembangunan pemerkasaan wanita dan akan memastikan wanita mendapat peluang serta faedah yang sama, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Justeru, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM5.83 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) untuk membiayai pelaksanaan program kepimpinan dan pembangunan wanita.

“Selain itu, kemudahan pinjaman mikrokredit untuk wanita akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta yang akan disalurkan kepada Yayasan Usaha Maju (YUM),” kata Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri 1 ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2023 di Dewan Undangan Negeri di sini pada Jumaat.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV