HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender: Anwar
Published on: Wednesday, November 30, 2022
By: Bernama
Text Size:

Tiada lagi kelulusan perolehan tanpa tender: Anwar
Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas berkata, beliau tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender.

Pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini pada Selasa, Anwar berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa.

“Soal peraturan, perolehan, soal kelulusan tanpa tender ini semua tidak boleh lagi.

“Maka untuk peringkat awal ini, saya ingin menyeru, mengajak saudara (penjawat awam) untuk sama-sama dalam pasukan, mari kita bertekad untuk menyelamatkan negara kita,” katanya.

Katanya, sewaktu menerajui Kementerian Kewangan, beliau telah memberi arahan untuk tidak membenarkan ahli keluarga atau rakan terdekat mendapat kepentingan dalam projek berkaitan kerajaan.

Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas berkata, beliau tidak berminat menggali masalah kerajaan terdahulu sebaliknya mahu menumpukan soal kerja dan mengangkat martabat hidup rakyat.

“Hidup rakyat secara umumnya walaupun tidaklah separah beberapa negara lain, tetapi dalam keadaan yang agak sukar, sebab itu di peringkat awal, beberapa hari ini saya tidak peduli fitnah, saya harap kita tumpu soal kerja.

“Saya tidak berminat korek kisah lama... Yang penting ialah ke depan, apa yang boleh dan patut kita lakukan dalam mempersiapkan diri menghadapi masa depan,” katanya.

Majlis perjumpaan pada Selasa itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 




A dream still worth pursuing
January 30, 2023



Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV