Tue, 13 Jan 2026
Headlines:
Advertisement
Air masin: MP selar pelaku musnah
Published on: Thursday, January 05, 2023
Published on: Thu, Jan 05, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Air masin: MP selar pelaku musnah
PINTU sungai Segaliud
SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang melaku musnah dan merosakkan pintu sungai di Sungai Segaliud, menyebabkan kemasukan air laut ke dalam empangan takungan Segaliud, dan mengakibatkan paras kemasinan luar biasa tinggi dalam sistem bekalan air.

“Menurut Jabatan Air, laporan polis telah dibuat apabila mereka mendapati pintu sungai di Sungai Segaliud didapati rosak dan kabel dicuri bulan lepas.

Advertisement
“Akibat kerosakan itu, mereka tidak dapat mengeluarkan air laut dalam sistem, terutama ketika kejadian air pasang besar pada bulan lalu,” kata Vivian.

Vivian diberi taklimat oleh jurutera Jabatan Air berhubung isu kualiti bekalan air di Sandakan baru-baru ini yang menghasilkan rasa masin.

Kabel dilaku musnah

SPONSORED CONTENT
East Malaysia's home-grown quick service restaurant brand SugarBun, together with its sister brand Pezzo, marked a milestone with the opening of its 165th outlet, SugarBun Express at EG Mall in Inanam.
Pada masa ini, Jabatan Air sedang mengepam air dari sungai ke empangan bagi mengurangkan tahap kemasinan dalam sistem bekalan air.

Jabatan juga memantau dengan teliti isu tersebut dan memastikan bekalan air pada masa ini masih selamat untuk diminum.

Advertisement
“Saya menggesa polis dan agensi penguatkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kerosakan. Tindakan mereka yang tidak bertimbang rasa telah menyebabkan penderitaan kepada ratusan ribu penduduk di Sandakan.

“Sementara menunggu alat ganti tiba dari luar negara, Jabatan Air turut mencadangkan untuk melakukan pembenihan awan di kawasan Segaliud bagi mendorong hujan turun bagi mengurangkan lagi tahap kemasinan itu.

Advertisement
“Saya akan membuat susulan dengan Jabatan Meteorologi MetMalaysia Sabah dan agensi lain yang berkaitan untuk mempercepatkan proses meningkatkan lagi kualiti bekalan air kita,” tambah Vivian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
Follow us              
Daily Express TV  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here