HEADLINES :




Polis rampas barang kontraban lebih RM64.7 juta
Published on: Tuesday, January 24, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:

Polis rampas barang kontraban lebih RM64.7 juta
Rampasan turut melibatkan spesies dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar.
PETALING JAYA: Polis menahan 88 lelaki individu termasuk 15 warga asing, selain merampas barangan bernilai lebih RM64.7 juta dalam serbuan antara 1 hingga 20 Jan.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata operasi itu dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) melalui Wildlife Crime Bureau (WCB) serta pasukan Perisikan dan Siasatan Khas (PSK).

Katanya, rampasan itu dibuat mengikut Akta Kastam 1967, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Racun 1952.

Noorsiah berkata, polis akan terus melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membenteras jenayah kontraban serta kesalahan lain.

“Kerjasama daripada orang ramai juga amat digalakkan bagi menyalurkan maklumat kepada polis untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV