HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Dana RM1 bilion Sabah, Sarawak mampu tangani jenayah di sempadan
Published on: Tuesday, January 24, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:

Dana RM1 bilion Sabah, Sarawak mampu tangani jenayah di sempadan
ADUN Kunak Norazlinah Arif penambahbaikan infrastruktur akan mengurangkan risiko penyeludupan dan pemerdagangan manusia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Peruntukan kerajaan pusat sebanyak RM1 bilion untuk menaiktaraf infrastruktur di sempadan Malaysia di Sabah dan Sarawak membantu mengurangkan aktiviti penyeludupan serta pemerdagangan manusia, kata ADUN Kunak Norazlinah Arif.

Norazlinah berkata, walaupun pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara, di Kalimantan, akan merangsang ekonomi Malaysia Timur, namun boleh membawa risiko kepada ekonomi dan sosial.

“Penyeludupan haram, pemerdagangan manusia, serta pelbagai lagi ancaman yang turut hadir dengan pembangunan ekonomi yang pesat adalah amat dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap masyarakat setempat.

“Justeru, infrastruktur persempadanan yang efisien dan berkesan hasil daripada peruntukan naiktaraf RM1 billion ini dapat menyumbang untuk mengawal risiko berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan harus menumpukan perhatian terhadap kegiatan pencerobohan asing yang semakin kerap di pantai Sabah dan Sarawak di sekitar Laut China Selatan.

“Lebih 89 kali kapal perang China dilaporkan memasuki kawasan perairan Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan hampir tiada kawalan serta tindakan proaktif dari Kementerian Pertahanan atau pun Kementerian Luar Negeri.

“Bukan sekali dua kapal pengawal pantai China bertindak mencerobohi kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) di Sabah, mengancam operasi carigali minyak dan gas oleh Petronas di kawasan itu,” katanya.

Beliau menyambut baik usaha Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang meluluskan peruntukan RM1 billion bagi menaiktaraf prasarana sempadan Sabah dan Sarawak.

Ketua Wanita Warisan itu turut menzahirkan harapan agar kerajaan terus melindungi kedaulatan negara dan keselamatan pantai Sabah dan Sarawak daripada sebarang ancaman asing.

Jumaat lalu, Anwar yang juga menteri kewangan, berkata beliau memberi kelulusan awal bagi peruntukan tambahan RM1 bilion bagi menaik taraf infrastruktur dan meningkatkan keupayaan kompleks kastam, imigresen, kuarantin dan keselamatan (CIQS) di sempadan kedua-dua negeri.

Ini susulan perbincangannya dengan Presiden Indonesia Joko Widodo berhubung pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan.

“Justeru kita putuskan untuk memberi peruntukan tambahan bagi penyediaan ICQS dan keselamatan seperti polis dan tentera serta menyediakan prasarana asas seperti jalan raya kerana kita tidak mahu dilihat terlalu daif,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV