Tue, 23 Apr 2024

HEADLINES :


Nelayan hilang bot karam dekat resort Karambunai ditemui selamat selepas terapung lebih 30 jam
Published on: Thursday, January 26, 2023
By: R Gonzales
Text Size:

Nelayan hilang bot karam dekat resort Karambunai ditemui selamat selepas terapung lebih 30 jam
Morris Dulin, 69, ditemui pada jam 1.44 petang dalam keadaan terapung dengan berpaut pada tong bekas minyak lebih 30 jam di kawasan perairan Sepanggar. (Gambar TLDM)
Tuaran: Nelayan yang dilaporkan hilang rabu lalu selepas bot dinaiki karam di perairan laut berhampiran Karambunai Nexus Resort di sini, ditemui selamat, hari ini.

Mangsa lelaki, Morris Dulin, 69, ditemui pada jam 1.44 petang dalam keadaan terapung dengan berpaut pada tong bekas minyak lebih 30 jam di kawasan perairan Sepanggar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar  berkata, mangsa ditemui oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Mangsa ditemui selamat dan dibawa balik ke pangkalan APMM untuk diserahkan kepada pihak perubatan".

"Mangsa yang keletihan itu seterusnya turut menjalani rawatan lanjut," katanya dihubungi.

Terdahulu, Ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Mengkabong, Tuaran dilaporkan keluar ke laut untuk menangkap ikan dengan menggunakan sebuah bot.

Kejadian kira-kira jam 6 pagi pada rabu lalu, dua rakannya iaitu Modilis Morris, 41, dan Masran Awangkie, 42,  ditemui selamat selepas berjaya menyelamatkan diri masing-masing.

Manakala mangsa yang ditemui hari ini, sebelumnya dikhuatiri hilang apabila cuaca bertukar buruk menyebabkan bot dinaiki mereka karam akibat dipukul ombak.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bot nelayan milik orang awam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here