Sun, 21 Apr 2024

HEADLINES :


Polis Sabah sahkan penahanan 8 pegawai, anggota berkait kes di Tawau
Published on: Saturday, January 28, 2023
By: Bernama, FMT
Text Size:

Polis Sabah sahkan penahanan 8 pegawai, anggota berkait kes di Tawau
Lapan pegawai dan anggota polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes di Tawau di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah.
Kota Kinabalu: Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Idris Abdullah, berkata polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

“PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan media diharap tidak membuat sebarang spekulasi terutama mengaitkan isu keselamatan di negeri ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here