Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Bantu siasatan kes bunuh: Lapan pegawai polis ditahan reman di Tawau
Published on: Sunday, January 29, 2023
By: Bernama
Text Size:

Bantu siasatan kes bunuh: Lapan pegawai polis ditahan reman di Tawau
Idris (kiri), Acryl Sani (kanan)
Kota Kinabalu: Lapan anggota polis terdiri daripada empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes melibatkan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau.Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

“PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Idris berkata kes berkenaan masih dalam peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan. Beliau berkata kes itu lebih bersifat peribadi dan media diharap tidak membuat sebarang spekulasi terutama mengaitkan isu keselamatan di negeri ini. Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan bahawa siasatan berhubung kes bunuh di Tawau, Sabah yang dipercayai melibatkan pegawai dan anggotanya akan dibuat secara telus.

Beliau berkata siasatan yang dijalankan sendiri oleh pasukan khas dari Bukit Aman itu tidak akan mengambil kira apa juga status mereka yang terlibat dan undang-undang akan dikuatkuasakan terhadap mereka jika didapati bersalah.

“Oleh kerana ia melibatkan sensitiviti berkait dengan mereka yang terlibat, buat masa ini kita perlu buat siasatan yang terperinci kerana kita perlu betul-betul pasti dengan motif pelaku.

“Jika betul mereka terlibat, tindakan undang-undang tetap diambil,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Terengganu International Endurance Park di Setiu di sini, Sabtu.

Beliau mengulas mengenai empat pegawai kanan dan empat pegawai rendah polis yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkaitan Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Tawau. Mengenai penahanan beberapa individu termasuk pegawai dan anggota polis yang disyaki terlibat dalam sebuah pertubuhan haram di Dungun baru-baru ini, Acryl Sani berkata siasatan telus akan dilakukan dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat.

“Kumpulan ini begitu ketara hingga mereka buat tindakan-tindakan (keterlaluan), hingga sanggup buat ugutan kepada polis sendiri. Jadi kita tidak boleh biar kegiatan seperti ini berleluasa,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya mengesan kegiatan pertubuhan sama di negeri lain, beliau berkata setakat ini tiada sebarang maklumat diperoleh mengenai perkara itu. Beliau berkata pihak polis menerima maklumat bahawa pertubuhan haram tersebut aktif di sekitar Dungun mulai 2021. 

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here