Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Bicara guru besar didakwa beri kontrak kepada keluarga 29 September
Published on: Tuesday, January 31, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

Bicara guru besar didakwa beri kontrak kepada keluarga 29 September
Bagi pertuduhan ke-14 hingga ke-25, dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk memilih D’ Alma Enterprise milik adiknya bagi membekalkan makanan kering dan basah untuk 17 murid sekolah berkenaan dari Mac hingga November 2019 dan turut membekalkan alat bantuan pembelajaran untuk sekolah berkenaan.
Kota Kinabalu: Seorang guru besar yang didakwa atas 25 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapat sogokan dengan memberikan kontrak bernilai RM35,892.40 kepada ahli keluarga, akan dibicarakan pada 29 Sept tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga menetapkan tarikh itu bagi Hussin Amid yang kesnya dikemukakan untuk sebutan pada Isnin.

Bagi pertuduhan pertama hingga 13, Hussin didakwa menggunakan jawatan sebagai guru besar sebuah sekolah di Sepanggar, dengan memilih Sien Trading milik isterinya untuk membekalkan alat bantuan pembelajaran dan membeli jubah, tali leher serta sijil skrol untuk majlis graduasi sekolah.

Bagi pertuduhan ke-14 hingga ke-25, dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk memilih D’ Alma Enterprise milik adiknya bagi membekalkan makanan kering dan basah untuk 17 murid sekolah berkenaan dari Mac hingga November 2019 dan turut membekalkan alat bantuan pembelajaran untuk sekolah berkenaan.

Kesalahan itu didakwa berlaku antara 10 Nov 2017 dan 31 Okt 2019 di sekolah berkenaan.

Kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 itu boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hussin yang kini dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000 berdeposit RM6,000, diwakili peguam Hamid Ismail.

Sementara itu, seorang warga Filipina dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

Mohd Sarajudin Nasir mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen.

Dia ditahan pada 28 Nov 2022 selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada polis.

Selepas hukuman penjaranya selesai, mahkamah memerintahkan Mohd Sarajudin dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk direkodkan data biometriknya sebelum dihantar pulang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here