Tiada SOP tambahan untuk lawat Sabah
Published on: Friday, February 03, 2023
Hajiji berkata, Sabah berharap untuk menerima lebih banyak pelaburan dari China ketika kerjasama perdagangan dan ekonomi antara China dan negeri itu terus meningkat.
TIDAK ada prosedur operasi standard (SOP) tambahan akan dikenakan kepada pengembara yang tiba di Sabah dari China, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.Beliau berkata, satu-satunya SOP yang diperlukan untuk pengembara dari negara itu adalah mengemukakan keputusan negatif ujian PCR dan juga telah divaksin, seperti yang dikehendaki di negara mereka sendiri, bermula 8 Januari.ADVERTISEMENT
“Dengan sempadan China dibuka secara rasminya tiga hari lepas pada 8 Januari, kami mengalu-alukan pelawat dari China ke negeri kami semula,” katanya ketika berucap pada majlis resepsi Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Dr Huang Shi-Fang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada 11 Januari.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni sebagai tetamu kehormat.
Hajiji berkata, Sabah berharap untuk menerima lebih banyak pelaburan dari China ketika kerjasama perdagangan dan ekonomi antara China dan negeri itu terus meningkat.
“China telah menjadi jiran yang baik. Ketika waktu sukar dan pada ketika wabak, kerajaan China menerusi Konsulat China di sini telah memberikan pelbagai bentuk bantuan untuk Sabah, terutamanya bantuan perubatan dan kami amat menghargainya.ADVERTISEMENT
“Hubungan baik antara kedua negeri telah berlangsung dan akan terus menjadi baik.
“Sabah dan China saling mendapat manfaat antara satu sama lain dan kita telah berjaya memanfaatkan kerjasama dan pertukaran dalam pelbagai bidang,” katanya.
ADVERTISEMENT
Sementara itu Ketua Menteri berkata di Sabah dan seluruh negara, masyarakat meraikan Tahun Baharu China, bukan sahaja dalam kalangan rakyat berbangsa Cina, namun dalam kalangan keseluruhan masyarakat majmuk berbilang kaum dan kebudayaan.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.