Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Mendapan tanah: Penduduk Kundasang digesa waspada
Published on: Friday, February 03, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:

Mendapan tanah: Penduduk Kundasang digesa waspada
KAWASAN berisiko di mana beberapa mendapan tanah berlaku.
RANAU: Penduduk di sebuah kawasan di Kundasang dinasihatkan berwaspada terhadap sebarang risiko tidak diingini berikutan kejadian mendapan tanah di sini, Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian itu melibatkan bahagian lereng bukit di Kg Lembah Permai di Kundasang.

Beliau berkata, hasil dialog bersama penduduk, kawasan itu dianggarkan kira-kira 150 X 700 meter yang membabitkan rumah, kebun sayur, penginapan dan inap desa.

“Kami menerima maklumat mengenai kejadian itu jam 11.35 pagi dan seunit yang terdiri daripada tiga anggota yang diketuai saya sendiri menyiasat lokasi itu yang terletak 17 kilometer dari balai.

“Di tapak itu, kami mendapati terdapat mendapan tanah di kawasan rumah pemanggil. Saya menasihatkan penduduk supaya berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk dan kes diserahkan kepada JKR untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurut Ridwan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan menjalankan pemeriksaan susulan di lokasi tersebut dan operasi tamat jam 1 petang,

Tambahnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Ranau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan penduduk perlu berwaspada dengan tanda-tanda jika keadaan semakin teruk di kawasan itu.

BEBERAPA rekahan pada permukaan tanah di kawasan berkenaan. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah, Dr Frederick Francis Tating ketika dihubungi berkata pegawai dari jabatan itu sudah melawat terbabit untuk melakukan pemeriksaan.

“Pegawai saya masih di lapangan, saya sedang menunggu laporan. Saya akan kemas kini apabila ada maklumat,” katanya.

Dengan udaranya yang segar dan sejuk, Kg Lembah Permai Kundasang terletak betul-betul di tengah-tengah destinasi pelancongan popular yang dikelilingi tapak terkenal seperti Ladang Tenusu Desa dan padang golf Mesilou.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here