Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Kanak-kanak, 5, terperangkap dalam kereta
Published on: Friday, February 03, 2023
By: R Gonzales
Text Size:

Kanak-kanak, 5, terperangkap dalam kereta
WANITA mendukung anaknya yang diselamatkan orang awam selepas terperangkap dalam kereta.
Tuaran: Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terperangkap dalam kereta Perodua Axia yang terkunci di Pekan Tuaran di sini, Khamis, berjaya diselamatkan orang awam.

Difahamkan dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, mangsa dikatakan tertidur selepas ditinggalkan selama sepuluh minit oleh ibunya yang keluar ke premis berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.49 pagi.

Katanya, seramai empat anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, mangsa iaitu kanak-kanak lelaki berusia lima tahun berjaya diselamatkan orang awam. “Ibu mangsa yang dalam keadaan panik meminta bantuan orang awam di sekitar sebelum salah satu cermin kenderaan dipecahkan bagi membuka pintu yang terkunci,” katanya.

Menurut Abdul Qawie, mangsa yang tertidur didapati dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Keadaan tertidur dalam keadaan ‘air-cond’ dan enjin kereta hidup dengan tingkap tertutup boleh mengundang pelbagai bahaya.

“Lebih-lebih lagi, apabila meninggalkan anak kecil seorang diri walaupun sekejap dan mujur kejadian ini disedari awal sebelum kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Abdul Qawie berkata, operasi ditamatkan jam 12 tengah hari.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here