Fri, 26 Apr 2024

HEADLINES :


Hubungan sulit terbongkar, lelaki kelar suami kekasih, tanam belakang banglo
Published on: Saturday, February 04, 2023
By: FMT Reporters
Text Size:

Hubungan sulit terbongkar, lelaki kelar suami kekasih, tanam belakang banglo
Pasukan forensik menemui mayat dibaluti plastik hitam di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.
PETALING JAYA: Seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang sejak Mei tahun lalu ditemui dengan mayatnya ditanam di belakang sebuah banglo, di Subang Jaya selepas mangsa dipercayai disembelih.

Lelaki berusia 25 tahun itu dilaporkan dibunuh pada Mei tahun lalu oleh seorang lelaki yang juga rakan senegaranya selepas tembelang dia menjalinkan hubungan dengan isteri mangsa terbongkar.

Mayat mangsa kemudian dibungkus dalam plastik hitam sebelum ditanam.

Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima laporan polis orang awam berkaitan pengakuan seorang lelaki warga India yang membunuh rakan senegaranya sebelum menanam mayat mangsa jam 4.45 petang pada 2 Februari lalu.

Katanya, pengakuan berkenaan dibuat di kawasan Ampang Jaya sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek.

“Suspek kemudian menunjukkan lokasi kejadian mangsa dibunuh pada Mei tahun lalu iaitu di lereng bukit di belakang sebuah banglo di Subang Jaya.

“Kejadian bunuh itu berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan sebagai pusat jagaan orang tua dengan mangsa dipercayai dikelar di leher menggunakan pisau,” katanya menurut Harian Metro.

Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan pihak forensik menemui bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.

“Susulan itu, kami menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India serta dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun, bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan bagi membantu siasatan.

“Semakan dilakukan mendapati kedua-dua suspek warga India tidak mempunyai pasport dan kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.

“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mangsa hilang pada Mei 2022 selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.

“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian ini (pisau) masih belum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here