Lelaki rogol teman wanita bawah umur dijel 6 tahun
Published on: Saturday, February 04, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang penjual rokok berusia 22 tahun dipenjara enam tahun kerana merogol teman wanitanya yang di bawah umur.Hakim Mahkamah Sesyen Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Ahlun, yang mengaku bersalah kepada pertuduhan terhadapnya pada Jumaat.
Abdullah yang tidak mempunyai sebarang dokumen, telah merogol pelajar berusia 15 tahun dan dua bulan itu antara jam 2 petang dan 3 petang 23 Feb 2022 di sebuah bilik sewa di Inanam, Inanam Baru.
ADVERTISEMENT
Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, Abdullah yang tidak diwakili, meminta hukuman ringan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Suryati Jumain menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas sebab kesalahan itu merupakan kesalahan serius memandangkan mangsa baru berusia 15 tahun dan kes seumpama itu sangat berleluasa.
Mahkamah mendengar kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa ternampak ‘gigitan cinta’ di lehernya dan ibunya kemudian membuat laporan polis supaya mangsa dirujuk ke Hospital Likas kerana ibu mengesyaki mangsa dirogol orang yang baru dia kenali.
ADVERTISEMENT
Pemeriksaan lanjut doktor mengesahkan terdapat koyakan baru pada bahagian alat sulit gadis itu.
Siasatan mendapati lelaki yang dikenali sebagai Abdullah itu telah menyewa bilik tempat kejadian rogol itu dengan bayaran RM50.
Saksi yang melihat Abdullah membawa mangsa masuk ke dalam bilik itu, mengesahkan Abdullah telah menyewa bilik itu selama sejam.
Abdullah mengaku membawa mangsa ke bilik sewa dan kemudian mereka melakukan hubungan seks.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.