Cabul anak saudara: Tertuduh diperintah bela diri 20 Mac
Published on: Saturday, February 04, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak saudara perempuannya berusia 14 tahun dengan melakukan seks oral terhadapnya dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan remaja itu di sebuah stor rumah di Manggatal pada hujung tahun 2019.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 50 tahun dari Melaka, diperintah membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya.Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat perintah itu terhadap lelaki itu selepas memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh pada Jumaat.
Mahkamah menetapkan 20 Mac tahun ini untuk pembelaan lelaki itu.
ADVERTISEMENT
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu terhadap anak saudara perempuannya berusia 14 tahun dengan melakukan seks oral terhadapnya dan memasukkan jarinya ke dalam kemaluan remaja itu di sebuah stor rumah di Manggatal pada hujung tahun 2019.
Kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Disebabkan hubungan antara tertuduh dan mangsa, terdapat hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(2)(c) Akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, dan sekurang-kurangnya dua sebatan, jika sabit kesalahan.
ADVERTISEMENT
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi dalam perbicaraan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman manakala lelaki itu diwakili peguam Sylvester Kuan.
Mahkamah melanjutkan jaminan yang ditawarkan kepada lelaki itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.