Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


2 didakwa bunuh pelatih Puspen
Published on: Wednesday, February 08, 2023
By: Bernama
Text Size:

2 didakwa bunuh pelatih Puspen
Tertuduh, Nur Aslam Faizal, 35, dan Suffian Effendy Kadri, 30, didakwa membunuh seorang pelatih Puspen, 31 Jan lepas. (Gambar Bernama)
SUNGAI SIPUT: Seorang kakitangan dan pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput di sini atas pertuduhan membunuh seorang pelatih pusat itu bulan lepas.

Tertuduh, Nur Aslam Faizal, 35, dan Suffian Effendy Kadri, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama-sama membunuh Mohd Ali Mohd Nor, 50, di Puspen Perlop di sini kira-kira 10.30 pagi, 31 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R S Vitthiyeswary dan Nur Aslam diwakili peguam Keshviner Singh manakala Suffian Effendy tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, polis menahan tiga kakitangan dan seorang pelatih berusia lingkungan 30 hingga 38 tahun bagi membantu siasatan kematian seorang pelatih pusat itu.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian badan mangsa dan keputusan bedah siasat mengesahkan, kecederaan pada mangsa adalah akibat dipukul dengan menggunakan objek tumpul.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here