Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


JMG Sabah sahkan kampung di Kundasang berdepan risiko berlaku bencana
Published on: Wednesday, February 08, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:

JMG Sabah sahkan kampung di Kundasang berdepan risiko berlaku bencana
Jumain turut menasihatkan penduduk Kundasang khususnya di kawasan berisiko supaya sentiasa berhati-hati memandangkan keadaan cuaca ketika ini masih tidak menentu.
RANAU: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Sabah mengesahkan kawasan yang terjejas oleh tanah runtuh di Kg Lembah Permai Kundasang berisiko ditimpa bencana.

Pengarah JMG Sabah, Dr Frederick Francis Tating berkata berdasarkan pemeriksaan bersepadu di kawasan itu pada Isnin, terdapat risiko akan berlaku bencana.

“Bagaimanapun, JMG kini sedang menyediakan laporan kerana terdapat beberapa maklumat lagi yang perlu dilihat. Kemungkinan laporan itu akan siap minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani berkata keadaan sebenar ketika ini belum mencapai tahap kecemasan untuk pemindahan.

“Kita cuma minta penduduk berpindah ke tempat yang selamat, kerana kawasan ini tidak selamat,” katanya ketika diminta mengulas keadaan semasa.

Jumain yang juga Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Ranau berkata unit berkenaan bersedia menyediakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk penduduk sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

“Kami sentiasa bersedia, berdasarkan maklumat dan nasihat PDRM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Sekarang ini kami sedang menunggu laporan penuh daripada pihak berkuasa berkaitan. JMG akan mengeluarkan laporan penuh hasil siasatan lapangan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jumain turut menasihatkan penduduk Kundasang khususnya di kawasan berisiko supaya sentiasa berhati-hati memandangkan keadaan cuaca ketika ini masih tidak menentu.

“Saya juga mencadangkan agar segera menghentikan sebarang pembinaan struktur bangunan di kawasan lereng bukit dan tebing sungai,” jelasnya.

Lebih 300 penduduk yang tinggal di Kg Lembah Permai Kundasang diarah mengosongkan rumah masing-masing berkuat kuasa serta-merta Isnin lalu berikutan risiko kemungkinan berlaku kejadian tanah runtuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, keputusan itu dibuat susulan pemeriksaan bersepadu ke kawasan itu bersama beberapa agensi di bawah PKOB.

“Hasil lawatan susulan ke kawasan yang dimaklumkan, kami membuat kesimpulan bahawa terdapat pergerakan tanah di Kg Lembah Permai.

“Menurut Penduduk Kg Lembah Permai, selalunya terdengar bunyi seperti objek disentap atau dipatahkan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here