Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Mayat remaja ditemukan di Sandakan
Published on: Wednesday, March 15, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Mayat remaja ditemukan di Sandakan
Orang ramai berkumpul di lokasi kejadian tersebut dan suspek berkenaan.
SANDAKAN: Mayat seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dipercayai mangsa bunuh ditemui dalam keadaan tanpa pakaian lengkap di kawasan setinggan Kampung Forest, Batu 1 1/2 dekat sini pada pagi Selasa.Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada penduduk kampung mengenai penemuan tersebut sekitar jam 10 pagi. “Sejurus menerima maklumat tersebut, sepasukan anggota dari IPD Sandakan saya ketuai bergegas ke lokasi kejadian di setinggan Kg Forest, Batu 1 1/2. “Apabila tiba di lokasi, kami menemukan mayat seorang remaja perempuan di dalam kawasan semak dan berlumpur,” katanya dalam kenyataan kepada media. Mangsa merupakan seorang remaja perempuan berumur 15 tahun, dipercayai bukan warganegara, katanya sebelum menambah, mayat itu dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat.

Sekitar 12.30 tengahari, pada hari yang sama, polis menahan seorang lelaki asing berumur 22 tahun berhampiran lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here