Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Warisan tidak bertanding PRN enam negeri: Shafie
Published on: Friday, March 17, 2023
By: Bernama
Text Size:

Warisan tidak bertanding PRN enam negeri: Shafie
Gambar fail oleh Bernama
SEMPORNA: Parti Warisan (Warisan) memutuskan untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Semenanjung Malaysia membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata keputusan itu diambil bagi memberi tumpuan memperkukuhkan Warisan di Sabah.

"Saya sudah maklumkan, kita ada satu orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sana (AdunTeratai Bryan Lai Wai Chong), saya dah nasihat mereka bantu dan jangan bertanding, mereka terima dengan baik.

"Saya juga ada berjumpa dengan Ong Tee Keat di Kuala Lumpur, dia (sebelum ini) bertanding di Parlimen Pandan, saya juga nasihat dan setakat ini sehingga PRN akan datang Warisan tidak akan bertanding," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pemimpin bersama rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata enam negeri tersebut sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas, Warisan bertanding di keseluruhan 52 kerusi Parlimen seluruh negara iaitu 25 kerusi Parlimen di Sabah, satu di Labuan, manakala selebihnya kerusi Parlimen di Semenanjung.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here