Tue, 30 May 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Jelajah Ramadan RTM santuni golongan memerlukan
Published on: Saturday, March 18, 2023
Text Size:

Jelajah Ramadan RTM  santuni golongan memerlukan
SHAHELMEY melepaskan konvoi jelajah itu.
Kota Kinabalu: Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah terus menyantuni golongan memerlukan menerusi Program Jelajah Ramadan RTM.

Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, tidak sekadar menumpukan perkhidmatan selaku agensi penyiaran negara, RTM juga sentiasa berusaha dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat terhadap masyarakat.

“Kerajaan negeri amat menghargai kesungguhan RTM yang sentiasa komited dan istiqomah dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat terhadap masyarakat menerusi pelbagai pendekatan.

“Keprihatinan serta komitmen seumpama ini seharusnya dicontohi oleh jabatan dan agensi lain dan ia wajar diteruskan selaras Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan Malaysia Madani.

“Semoga jelajah ini dapat memperluaskan sasaran masyarakat dan lokasi tumpuan jelajah pada masa akan datang serta mendapat lebih banyak kerjasama strategik daripada pelbagai pihak,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Ramadan RTM 1444h/2023M di sini, pada Jumaat.

Pengarah Program Radio, Nor’ain Bakari ketika menyampaikan teks ucapan Ketua Pengarah Penyiaran Suhaimi Sulaiman, berkata RTM Sabah buat julung kalinya terpilih sebagai lokasi pelancaran program berkenaan yang akan merintis laluan ke 77 masjid seluruh negara sepanjang Ramadan ini.

Menurutnya, sebanyak 11 masjid dan surau di Sabah akan terlibat dalam lokasi jelajah tersebut iaitu masing-masing tiga masjid di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan serta dua masjid di sekitar Keningau.

Tambah beliau, pada tahun ini, antara masjid dan surau yang akan dijelajah menerusi Stesen Radio SABAHfm, TAWAUfm, SANDAKANfm dan KENINGAUfm ialah Masjid Al-Aqsa Kampung Kobuni Kionsom Inanam, Kota Kinabalu, Masjid Al-Falah Kampung Membalua, Tawau, Masjid Daerah Sandakan dan Surau Al-Qayyum Kampung Limbawan, Keningau.

Sementara itu, Shahelmey turut mengingatkan peniaga bazar Ramadan di Sabah supaya tidak menaikkan harga juadah makanan dengan sewenang-wenangnya sempena Ramadan, lapor Bernama.

Beliau berkata peniaga juga diingatkan untuk sentiasa menjaga kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai agar sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk dimakan.

“Dengan adanya bazar Ramadan ini pengguna juga diingatkan agar berbelanja dengan bijak dan menjaga keselamatan semasa berkunjung ke bazar nanti dan kepada peniaga, harga juadah perlulah berpatutan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV