HEADLINES :




Remaja hadapi detik cemas tertusuk anak panah
Published on: Saturday, March 18, 2023
By: Clarence Dol
Text Size:

Remaja hadapi detik cemas tertusuk anak panah
ANGGOTA bomba memotong anak panah itu.
RANAU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikejarkan ke Hospital Ranau pada petang Khamis selepas tertusuk anak panah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, satu panggilan mengenai kejadian itu diterima melalui talian balai pada jam 4.59 petang.

Dua anggota Bomba dan Penyelamat Ranau diketuai Hafizul Guntor Nordin pergi ke hospital itu untuk membantu mengeluarkan kepingan besi yang menusuk hidung mangsa.

Ridwan berkata pemotong bolt digunakan untuk memotong dan mengeluarkan anak panah tersebut. Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan pada jam 5.11 petang.

Menurut Ridwan, mangsa sebelum itu pergi ke Sungai Liwagu memanah ikan menggunakan anak panah buatan sendiri.

“Ketika pulang ke rumah, mangsa secara tidak sengaja tergelincir dan entah bagaimana kepingan besi yang digunakan sebagai anak panah itu tertusuk batang hidungnya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV