Thu, 18 Apr 2024

HEADLINES :


Karnival Outreach Jom pilih Kemahiran platform terbaik beri pendedahan awal TVET
Published on: Monday, March 20, 2023
By: Bernama
Text Size:

Karnival Outreach Jom pilih Kemahiran platform terbaik beri pendedahan awal TVET
Mustapha berkata karnival berkenaan juga dilihat sebagai satu wadah bagi pihak jabatan dalam menjalin kerjasama strategik dengan industri untuk memastikan penawaran program latihan selari dengan perubahan teknologi.
Kota Kinabalu: Karnival Outreach Jom Pilih Kemahiran yang julung kali diadakan adalah antara platform terbaik untuk memberi pendedahan awal berkenaan program Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada semua pihak khususnya golongan belia dan ibu bapa.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata karnival anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran itu dirancang untuk diadakan di enam lagi lokasi di seluruh Malaysia dalam usaha memberi pendedahan kepada komuniti dan masyarakat tentang TVET.

“Hari ini kita berjaya menghimpunkan sebanyak 20 penyedia latihan TVET dan 20 syarikat dan industri. Pelbagai aktiviti disediakan termasuk pameran serta program temu duga bagi pencari kerja oleh syarikat,” katanya berucap merasmikan karnival berkenaan di Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu di sini pada Ahad.

Beliau berkata karnival berkenaan juga dilihat sebagai satu wadah bagi pihak jabatan dalam menjalin kerjasama strategik dengan industri untuk memastikan penawaran program latihan selari dengan perubahan teknologi.

“Karnival ini turut memberikan pencerahan berkenaan hala tuju serta pelaksanaan TVET dan latihan kemahiran di Malaysia.

“Aspek peluang kebolehpasaran graduan TVET dalam pasaran kerjaya turut diberi penekanan dalam pameran ini untuk memastikan TVET menjadi pilihan utama dalam kalangan belia, dalam menyambung pengajian,” katanya.

Sehubungan itu, Mustapha berharap para pengunjung dapat memperoleh maklumat dan informasi yang tepat berkaitan program TVET dan latihan kemahiran agar bidang kemahiran ini menjadi pilihan utama belia bagi mencapai aspirasi negara melahirkan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030. “Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang karnival ini dan pada kali ini juga diadakan Sesi Libat Urus Tripartite yang melibatkan agensi kerajaan, penyedia latihan dan industri,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here