Thu, 25 Apr 2024

HEADLINES :


Madius kekal MP Tuaran
Published on: Friday, March 24, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Madius kekal MP Tuaran
Madius dan Joniston
Kota Kinabalu: Datuk Seri Madius Tangau daripada komponen Pakatan Harapan (PH), Upko, kekal sebagai Ahli Parlimen Tuaran selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini menolak petisyen yang difailkan terhadapnya oleh calon GRS Datuk Joniston Bangkuai, pada Khamis.

Hakim Mahkamah Tinggi Hj Alwi Hj Abdul Wahab dalam menyampaikan keputusannya melalui Zoom membenarkan notis permohonan untuk membatalkan petisyen, dan bantahan awal yang dibangkitkan terhadap petisyen itu.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu dibuat oleh Madius, manakala bantahan awal dibangkitkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) kawasan parlimen Tuaran dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Joniston, yang juga Adun Kiulu menamakan Madius, RO dan Suruhanjaya Pilihan Raya masing-masing sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

"Berdasarkan penemuan saya, saya memutuskan bahawa petisyen pilihan raya yang difailkan terhadap responden pertama, kedua dan ketiga dalam kes ini sebagai cacat, batal dan tidak sah, dan oleh itu perlu ditolak.

“Permohonan dan bantahan awal dibenarkan dari segi terma. Saya juga memutuskan bahawa responden pertama telah dipilih dengan sewajarnya sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan parlimen Tuaran di negeri Sabah," kata Alwi.

Hakim memerintahkan kos RM20,000 diberikan kepada Madius dan RM20,000 kepada responden kedua dan ketiga secara bersama.

Dalam petisyen yang difailkan pada 4 Jan, Joniston memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa responden pertama tidak dipilih dengan sewajarnya sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan pilihan raya Tuaran.

Joniston juga memohon mahkamah mengisytiharkan pilihan raya tersebut adalah terbatal, dengan kos dan perintah serta arahan lain yang difikirkan sesuai dan wajar oleh mahkamah.

Joniston diwakili peguam Tengku Datuk Fuad dan Wilson Chang Khai Sim, manakala Madius diwakili peguam Nelson Wences Angang, Chua Kuan E dan Arthur Borine.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Norfauzani Mohd Nordin bersama Peguam Persekutuan Safiyyah Omar dan Mohd Ashraf Abd Hamid mewakili responden kedua dan ketiga.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Madius memenangi kerusi itu dengan majoriti 233 undi.

Joniston memperoleh 24,710 undi berbanding Tangau yang meraih 24,943 dalam pertandingan enam penjuru semasa PRU15.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here