Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


Tiada sekatan ke atas penceramah beri syarahan agama di Sabah. Perlu ikut prosedur: Ariffin
Published on: Monday, March 27, 2023
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:

Tiada sekatan ke atas penceramah beri syarahan agama di Sabah. Perlu ikut prosedur: Ariffin
Ariffin berkata, setakat ini tidak ada permohonan atau ditolak.
MEMBAKUT: Kerajaan Negeri tidak menyekat mana-mana penceramah untuk memberikan syarahan agama di negeri ini selagi mengikut prosedur yang telah ditetapkan di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, tatacara ditetapkan termasuk mendapatkan tauliah perakuan mengajar agama daripada Pejabat Mufti Negeri Sabah.

“Prosedur ini biasa dilakukan di semua negeri kerana ia termaktub dalam enakmen majlis agama Islam masing-masing dan setakat ini, kita tiada masalah beri tauliah kepada mana-mana penceramah yang layak setelah ditemuduga (oleh Pejabat Mufti).

“Demikian juga mereka seperti guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) dan guru-guru agama lain juga perlu tauliah termasuk saya sendiri juga dapat tauliah mengajar agama, ceramah dan berkhutbah.

“Ini saya lakukan sejak lama sebagai contoh kepada yang lain bahawa tiada yang terkecuali daripada peraturan yang kita tetapkan untuk kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui di Program Bingkisan Ramadan, di sini, pada Ahad. Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membatalkan kuliah Maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong susulan tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Larangan itu turut melibatkan seorang lagi penceramah terkenal, Ustaz Wadi Annuar yang memaklumkan bahawa semua ceramahnya di Selangor telah dibatalkan kerana tidak mempunyai tauliah manakala ceramah di Kuala Lumpur dan Putrajaya berjalan seperti biasa.

Dalam pada itu, ketika ditanya jika ada mana-mana penceramah terkenal memohon untuk menyampaikan syarahan di Sabah yang ditolak pihak berkuasa agama, Ariffin berkata, setakat ini tidak ada permohonan atau ditolak.

“Sekiranya ikut peraturan dan mereka (penceramah) layak, kita tidak ada masalah (untuk beri tauliah). Jangan saja buat perkara-perkara di luar daripada landasan agama,” tegasnya.

Terdahulu, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut menyampaikan sumbangan berbuka puasa kepada 3,700 isi rumah di seluruh kawasan itu.

Seramai 37 pemimpin masyarakat akar umbi hadir bagi mewakili penerima di program tahunan dikenali Bingkisan Ramadan yang diadakan di kediaman beliau di Kampung Pimping, di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here