Tue, 30 May 2023

HEADLINES :


ADVERTISEMENT



Dua penjawat awam dan lima lagi suspek pengedar dadah diberkas, Syabu bernilai RM130K dirampas di Tawau
Published on: Monday, March 27, 2023
By: Lagatah Toyos
Text Size:

Dua penjawat awam dan lima lagi suspek pengedar dadah diberkas, Syabu bernilai RM130K dirampas di Tawau
Polis Tawau menunjukkan kepada media Syabu yang dirampas. (Gambar: Harian Ekspres/Lagatah Toyos)
TAWAU: Tujuh suspek pengedar dadah, termasuk dua penjawat awam, diberkas polis dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada 20 dan 21 Mac lepas dengan 1,280.90 gram Syabu dianggarkan bernilai RM130,000 turut dirampas.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata lima suspek berusia di antara 30 hingga 59 tahun ditahan di sebuah kawasan perumahan di bandar ini sekitar jam 2 pagi pada 20 Mac lalu (Isnin).

Menurutnya, kelima-lima suspek warga tempatan itu berada di dalam sebuah kenderaan dan hasil pemeriksaan, polis menemui dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Syabu seberat 103.40 gram.

Susulan tangkapan itu, dua lagi suspek penjawat awam berusia 34 dan 36 tahun ditahan sekitar jam 12.30 tengah malam pada 21 Mac (Selasa) di kawasan bandar Tawau.

Polis menemui lima bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki Syabu seberat 1,177.50 gram di dalam kenderaan mereka.

* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.



ADVERTISEMENT


Advertisement 







Berita Popular


Follow Us  




Follow us on            

Daily Express TV