Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Panel juri Pertandingan Unduk Ngadau perlu telus, adil: Menteri
Published on: Tuesday, March 28, 2023
Text Size:

Panel juri Pertandingan Unduk Ngadau perlu telus, adil: Menteri
HENDRUS (tengah) mengabadikan gambar bersama-sama para peserta kursus.
KOTA MARUDU: Buat julung kalinya Kursus Penjurian Pertandingan Unduk Ngadau dianjurkan di daerah ini oleh Wanita KDCA Kota Marudu dengan kerjasama Wanita KDCA Pusat.Kursus ini diadakan bagi memberi panduan dan bimbingan kepada bakal juri dalam aspek menilai wanita yang akan menyertai Unduk Ngadau, berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh jawatankuasa Unduk Ngadau Pusat. Timbalan Menteri 1 Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Hendrus Anding dalam ucapan penutupan kursus itu berharap, juri mesti bersikap lebih telus, adil dan profesional dalam penjurian sesuatu pertandingan, khususnya Unduk Ngadau.

Hendrus, yang juga Adun Tandek, berharap dengan pentauliahan sijil kursus ini, peserta mampu melaksanakan tugas penjurian dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Dalam pada itu, Tindarama Zandi Joanna Datuk Kitingan dalam ucapan pelancaran Majlis Wanita KDCA Kota Marudu berkata, persatuan ini ditubuhkan sebagai medium untuk wanita menjadi lebih aktif dalam program-program peningkatan sosiobudaya dan ekonomi. Persatuan ini juga memainkan peranan penting bagi memberi kesedaran kepada wanita Kadazandusun agar bergerak lebih aktif untuk membantu KDCA dalam budaya, adat dan tradisi bangsa seiring dengan objektif, visi dan misi persatuan ini.

Seramai 50 peserta dari beberapa daerah antaranya Kota Marudu, Kudat, Membakut, Matunggong, Menggatal, Pitas, Tuaran, Kota Belud, Beluran dan Papar menamatkan kursus dan sijil disampaikan oleh Hendrus di Rajawali Homes, di sini.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Kota Marudu Tinah Maralin dan OKK Elui Majingkin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here