Wed, 24 Apr 2024

HEADLINES :


3 Mei sebutan lanjut kes pengawal keselamatan didakwa rogol remaja
Published on: Tuesday, March 28, 2023
By: Cynthia D Baga
Text Size:

3 Mei sebutan lanjut kes pengawal keselamatan didakwa rogol remaja
Hanafie didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu pada Ogos 2020 di sebuah rumah di Taman Sri Rugading, Tuaran.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan lanjut kes seorang pengawal keselamatan berusia 24 tahun yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh bagi Hanafie Roslan apabila kesnya dikemukakan untuk sebutan bagi menyemak status laporan perubatan, pada Isnin.

Pihak pendakwaan telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa laporan perubatan masih belum selesai dan meminta penangguhan selama enam minggu untuk mendapatkan laporan itu.

Pihak pendakwaan juga memberitahu mahkamah bahawa mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan laporan itu.

Hanafie didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun itu pada Ogos 2020 di sebuah rumah di Taman Sri Rugading, Tuaran.

Kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah melanjutkan ikat jamin Hanafie sementara menunggu kesnya selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Najihah Farhana Che Awang manakala peguam bela Mohd Ari Nadzrah Abd Rahman membela Hanafie.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 29 tahun yang didakwa memiliki 32.8 gram syabu, akan disebut semula kesnya pada 17 Apr tahun ini sementara menunggu laporan ahli kimia mengenai dadah itu.

Mahkamah memberi tarikh untuk Mohd Basir Erie Deejay, selepas dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa laporan ahli kimia itu belum siap.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua minggu untuk laporan itu siap.

Pendakwaan kes dijalankan oleh Pendakwa Raya Darcia Jane Romanus sementara Mohd Basir tidak diwakili peguam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here