Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Penjual alat ganti miliki alat judi didenda RM1,600
Published on: Tuesday, March 28, 2023
By: Jo Ann Mool
Text Size:

Penjual alat ganti miliki alat judi didenda RM1,600
Bobby, yang tidak diwakili, memohon denda ringan atas sebab dia bekerja sebagai penjual alat ganti dan dia sudah berkahwin dengan dua anak.
Kota Kinabalu: Seorang penjual alat ganti didenda RM1,600 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Isnin atas kesalahan memiliki peralatan judi, tahun lepas.

Bobby Alejandro, 27, mengaku bersalah di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas pertuduhan memiliki enam tiket loteri tanpa lesen di sebuah premis di Pekan Koidupan di Penampang pada jam 4 petang 6 Nov 2022.

Mahkamah dimaklumkan oleh pihak pendakwaan bahawa polis yang menjalankan Ops Noda, menahan Bobby di tempat tersebut dan mendapati dia menjual tiket loteri secara haram.

Polis kemudian merampas peralatan daripada Bobby termasuk telefon bimbit dan wang tunai RM87, kata pihak pendakwaan.

Bobby, yang tidak diwakili, memohon denda ringan atas sebab dia bekerja sebagai penjual alat ganti dan dia sudah berkahwin dengan dua anak.

Pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal. Majistret membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya barang rampasan itu dilupuskan dan wang rampasan itu dilucuthakkan sebagai hasil kerajaan.

Bobby didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka, yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan, atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, lima orang dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan berkaitan dadah.

Tiga daripadanya iaitu Modzmal Mohamad, Masnah Majnil dan Adi Queshaen mengaku bersalah mengambil syabu di lokasi berasingan di sini.

Modzmal dijatuhi hukuman penjara enam bulan manakala Masnah dan Adi masing-masing diperintahkan membayar denda RM2,200 atau penjara enam bulan.

Mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dua lagi tertuduh iaitu Richard Mudin, 51, dan Sahnazrul Samsudin, 32, masing-masing mengaku bersalah memiliki syabu seberat 0.09 gram dan 0.11 gram, pada 16 Jan dan 17 Jan di Kg Air di sini dan di Inanam.

Richard didenda RM2,500 atau penjara sembilan bulan manakala Sahnazrul dipenjara 11 bulan dari tarikh dia ditangkap.

Richard dan Sahnazrul didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here