Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


Lelaki dipercayai tidur atas jalan, maut dilanggar
Published on: Wednesday, March 29, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:

Lelaki dipercayai tidur atas jalan, maut dilanggar
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Tenom: Seorang lelaki yang dipercayai tidur di atas jalan, maut selepas dilanggar sebuah kereta Proton Gen 2 berhampiran SK Sapong, di sini.

Balai Bomba dan Penyelamat menerima panggilan pada 12.16 pagi Selasa dan sembilan anggota bomba diketuai Komander Operasi Mohd Zainal Sinsian bergegas ke lokasi bersama jentera.

Komander operasi melaporkan mangsa berusia 55 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 1.12 pagi selepas pasukan memastikan tiada bahaya lain di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom Deputi Superintendan Hasan Majid berkata kejadian itu berlaku selepas mangsa dipercayai keluar dari keretanya di kawasan gelap di Kilometer 9, Jalan Sapong – Kemabong.

“Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berumur 40 tahun memandu kenderaan sedan dari arah Kemabong menuju ke Pekan Tenom.

“Dalam masa sama, mangsa yang memandu kereta pacuan empat roda keluar dari keretanya dan berada di lorong sebelah kanan ketika menaiki bukit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemandu kereta sedan itu memotong kenderaan mangsa dari arah belakang dalam keadaan persekitaran jalan yang gelap.

“Pemandu sedan terbabit kemudian merasakan terlanggar sesuatu objek (mangsa) menyebabkan keretanya menjadi berat semasa mendaki bukit. “Selepas itu, pemandu berkenaan berhenti dan keluar dari keretanya untuk memeriksa sebelum mendapati seorang lelaki terperosok di bawah kenderaannya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here