Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Menghendap kini boleh dipenjara hingga 3 tahun
Published on: Thursday, March 30, 2023
By: Bernama
Text Size:

Menghendap kini boleh dipenjara hingga 3 tahun
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pindaan itu bagi melindungi mangsa kesalahan menghendap, tidak kira wanita mahupun lelaki.
Kuala Lumpur: Individu yang didapati bersalah melakukan kesalahan menghendap tidak kira lelaki atau wanita kini boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ia selepas Dewan Rakyat pada Rabu meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023 dengan seksyen baharu 507A dimasukkan ke dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi kesalahan menghendap.

Seksyen itu menyebut sesiapa berulang kali dengan apa-apa tindakan gangguan, berniat untuk menyebabkan, atau mengetahui atau sepatutnya mengetahui bahawa perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan, merisaukan, menakutkan atau mencemaskan akan keselamatan orang itu, melakukan kesalahan menghendap. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata pindaan itu bagi melindungi mangsa kesalahan menghendap, tidak kira wanita mahupun lelaki.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here