Suhaimi turut mengutarakan isu berkenaan pembinaan baharu pos kawalan keselamatan di Kampung Sungai Daling, Batu 12 Sandakan.
SANDAKAN: Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar membina baharu dan menaiktaraf pos kawalan daif di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi meningkatkan keselamatan di Sabah.“Kita semua sedia maklum, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Rimur Sabah (Esscom) mempunyai tanggungjawab yang cukup besar dalam mengekang sebarang ancaman jenayah rentas sempadan di Sabah.
ADVERTISEMENT
“Peranan Esscom dilihat masih relevan dalam mengekal dan meningkatkan tahap keselamatan demi kesejahteraan hidup rakyat di Sabah,” katanya semasa Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, di Dewan Rakyat, Selasa lepas.
Sementara itu, Suhaimi menyambut baik peningkatan peruntukan kepada Esscom daripada RM26.48 juta bagi 2022 kepada RM28.09 juta bagi tahun ini.
“Peningkatan peruntukan ini dilihat mampu memperkasakan lagi peranan Esscom,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau melihat terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik menerusi peningkatan peruntukan ini seperti penaiktarafan pos kawalan keselamatan yang daif, terutamanya pos kawalan di kawasan Parlimen Libaran.
ADVERTISEMENT
Suhaimi turut mengutarakan isu berkenaan pembinaan baharu pos kawalan keselamatan di Kampung Sungai Daling, Batu 12 Sandakan.
“Isu yang dihadapi bukannya peruntukan untuk membina pos kawalan keselamatan tersebut kerana peruntukan telah diluluskan oleh kerajaan, tetapi tapak yang bersesuaian untuk pembinaannya tidak ada,” tegasnya.
ADVERTISEMENT
Beliau meminta KDN agar mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan tapak pembinaan pos kawalan untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat sekitar kawalan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.