Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Percepat pembangunan perindustrian di Sandakan: MP
Published on: Thursday, March 30, 2023
By: Winnie Kasmir
Text Size:

Percepat pembangunan perindustrian di Sandakan: MP
Vivian menegaskan bahawa pembangunan perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada infrastruktur dan perkhidmatan yang kukuh.
SANDAKAN: Pembangunan sektor perindustrian di Sandakan wajar dipercepatkan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat, kata Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong.

Beliau berkata, ini termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk Sandakan dan menarik golongan muda untuk kembali memulakan perniagaan serta mencari pekerjaan di sini, sekali gus meningkatkan lagi ekonomi Sandakan.

“Bagaimanapun, untuk mencapai matlamat ini, prasarana dan infrastruktur yang baik perlu dibangun dan disediakan terlebih dahulu.

“Antaranya, memperbaiki dan meratakan jalan raya yang seperti permukaan bulan, menyelesaikan masalah air masin dan bekalan air tidak stabil yang telah melanda Sandakan selama beberapa bulan ini, serta menangani kes kecurian elektrik yang banyak mendatangkan kerugian,” katanya.

Vivian menegaskan bahawa pembangunan perindustrian tidak dapat dipisahkan daripada infrastruktur dan perkhidmatan yang kukuh.

“Bekalan air dan elektrik yang stabil, rangkaian pengangkutan yang lengkap, dan prosedur permohonan pengurusan yang cekap dan jelas adalah antara faktor utama yang menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di Sandakan dan Sabah.

“Ketiga-tiga bidang ini merangkumi jabatan dan institusi yang berbeza. Pihak berkenaan mesti bekerjasama untuk menambah momentum kepada pembangunan perindustrian Sandakan, menarik pelaburan, dan membawa lebih banyak kemungkinan ke Sandakan,” tambahnya.

Vivian berkata beliau akan terus berusaha untuk membawa lebih banyak pembangunan untuk Sandakan, dan melakukan yang terbaik untuk menambah baik pembangunan infrastruktur Sandakan.

“Pada masa yang sama, saya juga menggesa semua agensi kerajaan untuk memudahkan prosedur dan elak birokrasi berkaitan yang menyusahkan, dan pada masa sama terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di Sandakan selepas hadir dan mengiringi lawatan kerja Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe ke Sandakan, baru-baru ini. Antara yang dilawat adalah POIC Sandakan, Syarikat K2 Life Source dan Syarikat Elfa Wealth bagi membincangkan hala tuju dan strategi baharu pembangunan perindustrian di Sabah, termasuk Sandakan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here