Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Annette Rabecca juara Unduk Ngadau Upko 2023
Published on: Wednesday, May 10, 2023
Text Size:

Annette Rabecca juara  Unduk Ngadau Upko 2023
Annette (duduk) bersama yang lain selepas memenangi gelaran Unduk Ngadau Upko 2023.
Tuaran: Annette Rabecca Januin @ Abdon, 24, mewakili Upko Bahagian Wilayah Persekutuan Labuan, menewaskan 21 jelitawan lain untuk dinobatkan juara Unduk Ngadau Upko 2023 pada pertandingan akhir yang berlangsung di Dewan Tun Hamdan Tamparuli di sini, Ahad lepas.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi) itu menerima wang tunai RM3,000 dan piala.

Annette turut menerima dua hadiah lain pada acara Sodop Unduk Ngadau yang diadakan Sabtu lalu iaitu Tati Sodop Huminodun dan Tati Kaanangan (Miss Favourite Facebook).

Tempat kedua dimenangi Hyellene Danius, 26, mewakili Upko Bahagian Sepanggar dan menerima hadiah wang tunai RM2,500 serta piala.

Tempat ketiga dimenangi wakil Upko Bahagian Putatan Avrill Elvira Roger Anthony, 26 yang menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Kesemua hadiah disampaikan Datin Connie Parantis, isteri kepada Presiden Upko yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Sementara itu, bagi pertandingan Sugandoi Kaamatan Upko 2023, tempat pertama dimenangi oleh Cicilea Suis mewakili Upko Bahagian Tenom, tempat kedua oleh Evana Yusep Hera dan Jearon Eyon Gouni.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan Rosario Bianis dan Rey Kimara.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here