Anwar bakal umum rancangan pembangunan Sabah
Published on: Thursday, May 18, 2023
Perkara itu didedahkan semasa pertemuan antara Anwar dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi membincangkan agenda pembangunan negeri di Putrajaya.
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat beberapa pengumuman berkaitan pembangunan Sabah semasa satu lawatan kerja untuk menilai sendiri beberapa isu yang dihadapi rakyat Sabah - sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana PM sebelum ini.Perkara itu didedahkan semasa pertemuan antara Anwar dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi membincangkan agenda pembangunan negeri di Putrajaya.ADVERTISEMENT
Antara yang hadir ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick (Ahli Parlimen Penampang) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Ali (Ahli Parlimen Papar).
Ewon berkata perbincangan itu meliputi komitmen Kerajaan Perpaduan terhadap matlamat pembangunan Sabah, khususnya merujuk kepada keusahawanan dan infrastruktur asas.
Beliau berkata, Ahli Parlimen dan Adun yang hadir menyuarakan pelbagai isu kepada Perdana Menteri termasuk bekalan air, jalan raya, sekolah usang, klinik kesihatan dan pembangunan keusahawanan.
“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 Persekutuan Malaysia. Sebab itu, kami memaklumkan kepada Perdana Menteri mengenai hasrat dan keperluan pembangunan rakyat Sabah, supaya Kerajaan Persekutuan boleh menghantar dana tambahan untuk menangani pelbagai keperluan pembangunan di Sabah.ADVERTISEMENT
“Perdana Menteri komited dengan tuntutan rakyat dan kami berharap sambutan Hari Malaysia ke-60 tahun ini lebih bermakna untuk rakyat Sabah,” kata Ewon, dalam satu kenyataan pada 9 Mei.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
ADVERTISEMENT
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.