Wed, 17 Apr 2024

HEADLINES :


Penggunaan alat timbang neraca dimansuh dalam tempoh setahun
Published on: Sunday, May 21, 2023
By: Bernama
Text Size:

Penggunaan alat timbang neraca dimansuh dalam tempoh setahun
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memansuhkan penggunaan alat timbang neraca sepenuhnya dalam tempoh setahun dari sekarang dan akan digantikan dengan alat penimbang elektronik, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri dan pihak penguat kuasa, berhubung keputusan kerajaan berkenaan.

“Pada masa ini, hanya 25 peratus alat timbang elektronik digunakan di seluruh negara, dan KPDN turut merancang untuk mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pelbagai pihak, bagi mengatasi isu berkaitan timbang dan sukat ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Metrologi Sedunia di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Salahuddin berkata dalam proses melaksanakan penggunaan penimbang baharu itu, kerajaan akan turut memberi perhatian terhadap isu berkaitan kecukupan bekalan dan harga alat tersebut, bagi memberi masa kepada peniaga mendapatkan alat timbang itu.

Beliau berkata KPDN telah meneliti dan melantik beberapa syarikat untuk membekalkan alat penimbang elektronik berkenaan.

Sempena Hari Metrologi itu, penganjur sambutan tersebut De Metrology Sdn Bhd menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Most Measuring Instruments kerana mencatat 3,197 jumlah verifikasi alat timbang dan sukat iaitu paling banyak dalam tempoh sehari pada 16 Mei lepas.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here