Sat, 20 Apr 2024

HEADLINES :


Hakisan identiti, warisan budaya membimbangkan: Jeffrey
Published on: Monday, May 22, 2023
By: Mohd Izham Bin Hashim
Text Size:

Hakisan identiti, warisan budaya membimbangkan: Jeffrey
Jeffrey percaya kemajuan masyarakat dalam perubahan zaman memerlukan penghormatan dan pemuliharaan tradisi budaya yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.
Kota Kinabalu: Proses mendokumentasikan warisan budaya tidak ketara merupakan langkah penting bagi Sabah untuk memelihara budaya dan tradisi orang asal tidak ternilai daripada kesan globalisasi, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Hakisan identiti dan warisan budaya sememangnya membimbangkan berikutan kesan globalisasi dan pemodenan yang telah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian serta menyediakan pendekatan alternatif sama ada mengurus ekonomi, alam sekitar dan aspek lain yang berkaitan seperti kepercayaan tradisional, masakan, bahasa dan upacara adat,” katanya.

Berucap pada Persidangan Kaamatan Sesi 1 Warisan Budaya Tidak Ketara: Ke arah pengiktirafan Unesco, Jeffrey menegaskan warisan budaya masyarakat orang asal berdepan ancaman kepupusan jika tiada apa-apa tindakan dilakukan untuk mengenal pasti, mendokumentasi, memelihara dan mempromosikan tradisi etnik Sabah yang kaya.

“Walaupun ada dalam kalangan generasi muda yang mungkin merasakan cara hidup nenek moyang mereka semakin hilang relevan dalam era moden, penting untuk diingati bahawa tidak semuanya boleh dilihat atau dibuktikan dari sudut pandangan saintifik,” katanya.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri percaya kemajuan masyarakat dalam perubahan zaman memerlukan penghormatan dan pemuliharaan tradisi budaya yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada tamadun Cina dan India yang berkembang daripada penghayatan dan dokumentasi yang kukuh terhadap budaya masing-masing yang terus menjadi model hari ini.

Di Sabah, Jeffrey menegaskan adalah jelas penghakisan beransur-ansur kesusasteraan tradisional dan sejarah budaya Kadazandusun disebabkan oleh pengaruh asing.

“Tidak ada bahan sumber yang mencukupi, rujukan yang terdapat di Arkib Negeri mahupun Muzium Negeri yang mendokumenkan asal usul etnik, bahasa, upacara adat dan sistem kepercayaan,” kata Jeffrey yang menekankan dokumentasi berkaitan adalah naratif penting dalam pemeliharaan benda tidak ketara dan ketara. Memandangkan keperluan dan kesedaran yang semakin meningkat ini, beliau menggariskan proses dokumentasi tradisi lisan perlu disegerakan.

Dalam ucapannya, Jeffrey turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada penganjur untuk program tersebut serta Arkib Negeri, Muzium Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri, Majlis Hal Ehwal Sabah dan KDCA dalam usaha mereka membuka jalan ke hadapan bagi Pesta Kaamatan untuk memperoleh Unesco pengiktirafan.

“Sebagai menteri dalam kerajaan, saya sudah pasti akan memberikan sokongan penuh dan usaha pelbagai organisasi untuk berjaya mengenal pasti 7 elemen berkaitan Kaamatan, sama ada tradisi, muzik, makanan dan lain-lain, yang mereka akan mendaftar dengan Unesco untuk menuntut hak orang asal.”

Jeffrey turut menggesa kerjasama lebih erat bagi memastikan keindahan budaya Sabah dapat dilindungi, dipromosikan dan diteruskan untuk generasi akan datang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here