Fri, 19 Apr 2024

HEADLINES :


Guna teknologi, inovasi pelihara budaya, tradisi: Kurup
Published on: Monday, May 22, 2023
By: Johan Aziz
Text Size:

Guna teknologi, inovasi pelihara budaya, tradisi: Kurup
Arthur berkata, kemeriahan Pesta Kaamatan tahun ini dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan semangat kekitaan, dan pada masa sama ia dapat memupuk kasih sayang dan muhibah rakyat negeri ini.
KENINGAU: Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup menyeru rakyat di negeri ini dengan mengambil langkah berani dalam menghayati dan mengaplikasikan sains, teknologi dan inovasi bagi memelihara dan menyebarluaskan warisan dan budaya turun temurun agar tidak hilang ditelan zaman.

Beliau berkata, bidang teknologi dan inovasi memainkan peranan penting dalam memelihara budaya dan tradisi yang menjadi identiti unik negara.

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengambil langkah proaktif dengan meletakkan kebudayaan, kesenian dan pelancongan sebagai salah satu penggerak sosioekonomi dalam dokumen Rangka Kerja MySTIE 10-10,” katanya ketika berucap merasmikan Pertandingan Sugandoi Peringkat Daerah Sook di sini, baru-baru ini.

Melalui rangka kerja itu, katanya, rakyat Malaysia boleh mengaplikasikan bidang sains, teknologi dan inovasi yang unik bagi membolehkan warisan, budaya dan seni yang unik di negara ini dikekalkan dengan baik di samping meningkatkan kebolehpasaran warisan, budaya dan seni di peringkat global.

Pada masa sama, Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan menggesa masyarakat di negeri ini mengekalkan warisan budaya sebagai aset penting untuk generasi akan datang.

“Jika warisan sesuatu kaum itu hilang, maka jati diri rakyat itu akan hilang. Setiap orang terutamanya generasi muda harus sedar akan budaya mereka sendiri. Justeru, setiap amalan budaya tradisional akan terus menjadi warisan generasi akan datang,” katanya.

Arthur berkata, kemeriahan Pesta Kaamatan tahun ini dapat mengukuhkan semangat perpaduan dan semangat kekitaan, dan pada masa sama ia dapat memupuk kasih sayang dan muhibah rakyat negeri ini.

Beliau berkata tema ‘Kaamatan Membudayakan Perpaduan’ memberi mesej jelas tentang kepentingan memahami, menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada kekuatan perpaduan, kemakmuran dan kemajuan rakyat selama ini.

Harapan Arthur agar tema Pesta Kaamatan tahun ini menjadi pembakar semangat dan semangat kepada rakyat untuk terus mengekalkan demi kemakmuran Sabah khususnya di Daerah Kecil Sook.

Dalam pertandingan itu, Glorytta Tanaus @ Richard muncul juara selepas menewaskan tujuh peserta lain. Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Farhana Naslyn Suhaillin dan Christy Chrisyendra Cosmas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.





ADVERTISEMENT






Berita Utama Hari Ini

Berita Popular


Follow Us  




Follow us on             

Daily Express TV  







close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
open

Try 1 month for RM 18.00

Already a subscriber? Login here