Hantar ganja guna balang biskut raya, 2 ditahan
Published on: Monday, May 22, 2023
By: FMT
Pihak berkuasa menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang membuat penghantaran biskut raya dan seorang lelaki berusia 29 tahun yang positif dadah.
PETALING JAYA: Sindiket dadah menggunakan taktik baharu menyembunyikan ketulan ganja mampat dalam balang biskut raya untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak menggunakan syarikat penghantaran barang.
Pengarah Kastam Johor, Misbahudin Parmin, berkata susulan risikan selama tiga bulan hasil maklumat Jabatan Kastam Sarawak, sebuah pejabat syarikat penghantaran di Johor Bahru diserbu bulan lalu yang membawa kepada penemuan sembilan bungkusan biskut raya dan kacang disasarkan untuk pasaran Sabah serta Sarawak.
ADVERTISEMENT “Pemeriksaan ke atas sembilan bungkusan kuih raya berkenaan mendapati 10 ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja disembunyikan dalam bekas lutsinar bersama biskut raya.
“Ini kali pertama sindiket penyeludupan dadah dikesan menggunakan modus operandi menghantar dadah disembunyikan bersama biskut raya yang dihantar menggunakan syarikat penghantar barang bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya menurut Harian Metro.
Susulan itu, beliau berkata, seorang lelaki berusia 27 tahun yang membuat penghantaran biskut raya itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, penahanan itu kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Johor Bahru dijadikan pusat pembungkusan ganja untuk dihantar menerusi syarikat penghantaran bersama biskut raya berdasarkan tempahan dan seorang lelaki berusia 29 tahun yang positif dadah ditahan.
ADVERTISEMENT Katanya, ketulan mampat dipercayai ganja seberat 24kg dianggarkan bernilai RM82,874 ditemui di rumah itu dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah sekiranya tidak dihukum mati, dihukum dengan 15 sebatan maksimum,” katanya.
ADVERTISEMENT
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.