Kastam Sabah rampas ganja, ketamin
Published on: Tuesday, May 23, 2023
By: Jonathan Nicholas
Mohd Nasir (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas.
Kota Kinabalu: Kastam Negeri berjaya menghidu 3.8kg ganja dan ketamin bernilai RM184,396 sebelum sampai ke pasaran di sini Isnin minggu lepas.Ketua Penolong Pengarah Kastam Sabah Mohd Nasir Deraman berkata pengimbas mengesan imej mencurigakan 886 gram ganja dan 3.01 kilogram ketamin pada Isnin minggu lepas.ADVERTISEMENT
“Kedua-dua cubaan penyeludupan itu adalah melalui penghantaran kurier yang dialamatkan kepada syarikat yang tidak wujud atau tidak aktif.
“Rampasan kedua dibuat empat hari kemudian (19 Mei). Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya pada sidang media, pada Isnin.
Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Mohd Nasir berkata Kastam Diraja Malaysia Sabah berjaya merampas 32.26kg pelbagai dadah bernilai RM1.244 juta tahun ini.ADVERTISEMENT
“Rampasan melibatkan empat jenis dadah iaitu methamphetamine (syabu), ketamin, ganja dan daun ketum,” katanya.
Stay up-to-date by following Daily Express’s Telegram channel.
Daily Express Malaysia
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
ADVERTISEMENT
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.